Sunday, 13 March 2016

Allah Berkati Malaysia

Allah Berkati Malaysia


Allah berkati Malaysia, kita punya negara.
Allah berkati Malaysia, dari masa kemerdekaan sehingga ke kini, masanya.
Allah berkati Malaysia, supaya tiada gempa bumi dan lain-lain malapetaka.
Allah berkati Malaysia, supaya ribut tak kencang dan taufan tak kena.
Allah berkati Malaysia, dengan air yang cukup dengan semua mineral.
Allah berkati Malaysia, agar semua bangsa dapat hidup aman dan bersama.

Akan tetapi, entah dari bila masanya,

Allah sudah tak berkati negara kita, atau pun kita yang banyak berdosa.
Keadaan negara kita sudah berubah dan semuanya sudah tak sama.
Angin ribut sudah jadi kencang, dan taufan pun sudah ada.
Tanah selalu sahaja runtuh dan banyak jadinya malapetaka.
Banjir boleh datang dengan tiba-tiba, dan gempa bumi pun sudah ada.
Hubungan antara bangsa sudah jadi tegang, dan ada pihak yang suka cari pasal dengan bangsa dan agama.

Keadaan sudah jadi makin teruk, dan dimana Allah agaknya.

Berdoalah kita dan bertaqwa kepada NYA.
Adakah kita berdosa, atau kita sudah salah, agaknya.
Orang yang tidak bersalah, merogol, dimasukan ke dalam penjara.
Orang yang tak berdosa, dibunuh dan diletupkan tubuh badannya.
Orang yang baik dan berjasa dibunuh, ditanam dengan simen didalam tong besi dengan begitu sahaja.


Agar Allah berikan kita pedoman, supaya kita boleh buat baik dan memungut pahala.

Ikutlah al-Sunah Rasul Allah jika mahu selamat, Nabi Muhammad (s.a.w.) pernah berkata.
Buatlah demi kepentingan Allah dan dapatlah ganjaran daripada NYA.
Buatlah demi kepentingan diri sendiri dan terimalah ganjaran daripada sendiri sahaja.
Guna nama Islam demi kepentingan Allah, dan Nabi akan berdoa kepada NYA.
Guna nama Islam demi kepentingan diri sendiri, kamu berdoalah demi diri sendiri sahaja.

Apa yang kamu buat, akan kamu dan keluarga kamu yang dapat balasannya.


Demi Malaysia dan keluarga kamu semua, biarlah kita insaf berdoa kepadaNYA.


"Ya Allah, Berkatilah Malaysia, Negara Kita!"




No comments:

Post a Comment