Sunday, 6 December 2015

Jepun Ditelan Bumi

Jepun Ditelan Bumi


Picture from Google 

一二三四,无土有主
Satu, dua, tiga, empat, menjadi tuan tanah kepada tanah kepunyaan orang lain.

小小天罡,垂拱而治
Dewa yang datang, akan mentadbir Negeri China.

(Ramalan di atas telah dibuat pada masa Tang Dinasti lebih daripada 1500 tahun dahulu. Perkataan yang digunakan adalah perkataan waktu itu dan mungkin tidak sesuai pada zaman sekarang, dan bukan niat penulis blog ini untuk berpandang rendah kepada mana-mana Negara, sekian.)

Gambar menunjukkan tiga budak, tetapi ramalan telah dibuat keatas empat budak. Maksudnya, satu budak di antara empat budak itu akan suatu hari lenyap (ditelan bumi) dari dunia ini dan akan hanya jadi kenangan ramai sahaja. Ramalan sami Tao ini membuat ramalan hanya keatas Negeri China, dan empat tanah kepunyaan Negeri China yang ditadbir oleh orang lain ialah:
a. Hong Kong
b. Taiwan
c. Makau
d. Jepun



1. 一口东来气太骄,脚下无鞋首无毛
Datang dari Timur tetapi berlagak seperti orang Barat, kaki tak berkasut dan kepala tak berambut.

Orang Jepun adalah orang Timur, tetapi apabila mereka menyerang Negeri China (1930an), mereka berlagak seperti orang Barat, dan bergelar diri sendiri sebagai Orang Barat dari Timur. Orang Jepun lama suka berslipar dan biasanya mencukur kepala depan meraka bersih licin, bagaikan Samurai.


2. 若逢木子冰箱涣,生我者候死我者雕
Kalau berhijrah menyeberang lautan, buah kiwi yang memberi peluang hidup, burung helang yang memberi peluang maut.

Jika Negeri Jepun berazam menguasai kawasan yang harus menyeberang lautan, hanya boleh selamat kalau menguasai tempat yang banyak buah kiwi. Tetapi, maut akan menanti jika Negeri Jepun berhijrah ke tempat di mana burung helang (Amerika) berkuasa, maut akan menunggu, dan ramai penduduk di Negeri Jepun akan terkorban. Dalam perang dunia kedua, ramai yang mati akibat bom Atom. Dalam masa Imam Mahdi, ramai yang akan mati akibat ditelan bumi.


Rumusan

Ramalan ini telah meramalkan masa depan Negeri Jepun dengan menyeluruh. Lebih daripada 1500 tahun dahulu, dua orang sami Tao telah meramalkan masa depan Negeri Jepun. Negara ini akan menjadi angkuh satu hari, dan mereka akan berazam untuk mengembangkan kuasanya untuk menakluki dunia ini. Apabila penyerangan mereka berdekat dengan burung helang (Amerika), maut akan menanti rakyat mereka. Ramalan ini teleh terbukti apabila mereka ingin menyerang Amerika (burung helang) pada perang dunia kedua, dan Negari Jepun telah dibomkan dengan bom Atom.

Pada hari ini, Negeri Jepun sekali lagi menunjukkan keazaman untuk menyertai Amerika untuk menakluki dunia, bermula dengan Timur Tengah. Kalau ramalan di atas menjadi kenyataan sekali lagi, besar kemungkinan Negeri Jepun akan tenggelam di telan bumi kerana gempa bumi yang akan berlaku pada masa yang akan datang.


Buku 36, Nombor4273

Riwayat Umm Salama, Ummul Mukminin

Nabi (s.a.w.) bersabda, ".............satu pasukan tentera kemudiannya diutuskan menentangnya dari Shams (Syria), tetapi akan ditelan di padang pasir (baida') di antara Mekah dan Medinah............".

Apabila bumi menelan Negeri Jepun, disebabkan oleh gempa bumi, begitulah nasib Negeri Jepun apabila mendekati Amerika.

(Buku 36, Nombor 4273
Riwayat Umm Salama, Ummul Mukminin

Nabi (s.a.w.) bersabda, "Percanggahan pendapat akan berlaku ketika kematian tentang pengganti dan seorang lelaki Madinah akan bersegera ke Mekah. Sebahagian daripada penduduk Mekah akan mendatanganinya, membawa dia keluar tanpa kerelaannya dan membai'ah kepadanya di antara Rukun dan Maqam. Satu pasukan tentera kemudiannya diutuskan menentangnya dari Shams (Syria), tetapi akan ditelan di padang pasir (bai'da) di antara Mekah dan Madinah. Apabila manusia melihat peristiwa tersebut, orang-orang (Abdaal) dari Syria dan gerombolan dari Iraq akan datang kepadanya dan membai'ahnya di antara Rukun dan Maqam. Kemudian seorang lelaki Quraisy yang bapa saudaranya dari suku Kalb akan memulai peperangan, lalu dihantar satu pasukan tentera menentang mereka, beroleh kemenangan ke atas mereka, dan itu adalah ekspedisi Kalb. Kekecewaan akan menyelubungi mereka yang tidak menyaksikan harta rampasan Kalb. Maka dia akan membahagikan harta itu dan mentadbir manusia berlandaskan Sunnah Nabi (s.a.w.) mereka dan menyebarkan Islam di seluruh pelusuk Bumi. Dia akan tetap kekal selama tujuh tahun, kemudian meninggal dunia, dan umat Islam akan bersembahyang ke atasnya." )

Thursday, 3 December 2015

China Diserang U.S. (2023)

China Diserang U.S. (2023)


Negeri China bakal diserang U.S. (Amerika), itulah ramalan yang dibuat oleh seorang sami Taoist lebih daripada 1500 tahun dahulu, waktu dinasty Tang. Ramalan itu bukan sahaja sudah jadi pengetahuan Raja Tang itu, bahkan ramalan itu juga jadi pengetahuan orang ramai, sehingga ke hari ini. Ramalan dan gambar ramalan itu telah dituliskan di dalam buku seperti berikut. U.S. (Amerika) diramalkan akan membuat serangan ke atas Negeri China pada lebih kurang tahun 2023 (葵卯).


Picture from Google.

  

美人自西来,朝中渐渐安
Gadis jelita dari barat akan tiba, pada waktu Negeri China dalam keadaan aman.

Gadis jelita dirujukan sebagai U.S. (Amerika) dalam bahasa China. U.S. (Amerika) datangnya daripada Barat, dan akan menghantar rakyat Amerika ke Negeri China apabila Negeri China berada dalam keadan aman dan damai.

长弓在地, 危而不危
Senjata panah ada di atas lantai, cemas tetapi tidak merbahayakan.

U.S. (Amerika) telah menyediakan semua senjatanya, dan telah hantar semua senjata itu ke Asia untuk tujuan menyerang Negeri China. Akan tetapi, serangan ke atas Negeri China tidak menjada kenyataan.



1. 西方妮子琵琶仙,皎皎衣衫色更鲜
Gadis jelita dari Barat, pakar segala sendiwara, dengan baju yang kemas dan warna yang menarik.

U.S. (Amerika) adalah pakar segala sendiwara, pakar wayang kulit dan segala-galanya. Bercakap bohong and berfitnah adalah kepakarannya. U.S. (Amerika) akan bercakap dengan segala pembohongan dan memberi segala fitnah untuk mencapai matlamatnya. Memburuk-burukan orang lain dan negeri lain adalah caranya untuk menunjukan kesuciannya kepada orang lain. U.S. (Amerika) akan memutar belit segala fakta-fakta untuk menaikan daya tarikan fitnah yang dibuat olehnya.


2. 此时浑迹匿朝市,闹乱君臣百万般
Pada masa itu, U.S. (Amerika) akan masuk dan seludup di semua bandar-bandar Negeri China, mengancam ketenteraman pemerintah dan pegawai-pegawai kerajaan Negeri China.

Untuk mencapai matlamat jahat 666 untuk menguasai seluruh Asia dan seterusnya dunia, U.S. (Amerika) akan bersendiwara dan berbohong untuk membangkitkan kebencian dunia terhadap pemerintah Negeri China. Pegawai-pegawai kerajaan Negeri China juga dijadikan mangsa fitnah, supaya U.S. (Amerika) dapat menyerang Negeri China dengan senang dan dapat menguasai Asia tanpa sebarang bantahan.

Tahun ramalan serangan yang disebut-sebut adalah lebih kurang pada tahun 2023 atau 葵卯年 dalam bahasa China.

Siapakah Syaitan (666)

Siapakah Syaitan (666)


Wahyu 13:18

Yang penting di sini ialah hikmat: barangsiapa yang bijaksana, baiklah ia menghitung bilangan binatang (syaitan) itu, kerana bilangan itu adalah nama seorang manusia, dan bilangannya ialah 666.

6 = United

6 = States

6 = Israel (nama Jacob)

Jika kita menghitung nama U.S. dan Israel, pastinya kita mendapat bilangan 666, iaitu bilangan binatang yang dirujukan di dalam alkitab, Wahyu 13 :18, yang selalunya merujuk kepada bilangan syaitan.


Wahyu 13 :16 & 17

Dan dia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kecil atau besar, kaya atau miskin, bebas atau hamba, diberi tanda binatang pada tangan kanan atau dahinya.


From google search.



Tanda binatang ini akan kerajaan U.S. beri kepada semua rakyatnya pada tangan kanan atau dahinya apabila mereka cukup umur untuk berkhidmat untuk tentera kerajaan. Semua rakyat U.S. adalah diwajibkan mengikut undang-undang untuk berkhidmat dalam tentera U.S.. Yang enggan berkhidmat di tentera U.S. akan dipenjarakan dan dihukumkan oleh kerajaan U.S..


Nostradamus C2 :Q62

"mabus" plustost alors mourra, viendra,
De gens & bestes vn horrible defaite:
Puis tout a coup la vengeance on verra,
Cent, main, faim quand courra la comete.

"mabus" will soon die, there will come,
of people and beasts a horrible rout:
Then suddenly one will see vengeance,
Hundred, hand, thirst, hunger when the comet will run.

"mabus" akan mati, dan akan berlakunya,
Perbuatan manusia dan binatang yang huru-hara,
Tiba-tiba, kita dapat saksikan dendam dibalaskan,
Ratusan, tangan, kemarau, kebuluran apabila comet berlalu.


"mabus" = sudam (State Unis d Amerique)


Ramai yang percaya "mabus" yang dinamakan oleh Nostradamus adalah pihak yang akan membawa kita ke arah peperangan. "mabus" adalah kuasa jahat yang akan membawa bencana ke bumi, seperti apa yang telah berlaku pada waktu Hitler dan waktu Napolean. Disebabkan "mabus" adalah kuasa jahat yang akan membawa bencana kepada kita semua, banyak pihak telah cuba meramalkan siapakah "mabus" sebeanarnya, dan cuba sekat perbuatannya sebelum ia menjadi liar.

Di sini, sudah tentu "mabus" ada kaitan dengan syaitan (666), iaitu kuasa jahat U.S. dan Israel. Kalau "mabus" dibaca secara terbalik, dapatlah kita nampak "sudam". Kalau di baca dalam bahasa Perancis, keluarlah nama seperti berikut:

s = State

u = Unis

d = d

am = Amerique

Jadi, "sudam" sudah jadi State-Unis d Amerique dalam bahasa Perancis, atau Amerika Syarikat dalam bahasa.

Biarlah kita semua berhati-hatilah. Jangan izinkan syaitan (666) United States & Israel membawa kita ke arah peperangan. Sudah cukup mereka menyebabkan huru-hara di Timur Tengah, jangan kita izinkan syaitan (666) ini membinasakan bumi kita dengan begitu sahaja.

Biar kita tolak segala kerjasama dengan 666, sebelum terlambat.

Monday, 30 November 2015

Zaman Syaitan (666)

Zaman Syaitan (666)


Zaman syaitan (666) adalah zaman dimana penindasan dan kezaliman menjadi sebahagian daripada kehidupan semua. Zaman ini adalah juga zaman di mana perjuangan dalam perkara keadilan dan kesaksamaan di hindari dan di takuti. Undang-undang syaitan (666) yang berat sebelah menjadi undang-undang yang mutlak dan disembah tinggi dan diterima oleh semua.

Kalau ini semuanya betul, bumi yang kita hidup sekarang sudah mula dikuasai syaitan (666), dan "semua orang yang tinggal di dunia ini akan menyembahnya" (alkitab, Wahyu: 13/8). Ini adalah masa dimana undang-undang syaitan (666) telah mengganti undang-undang Allah. Orang ramai bukan sahaja tidak melawannya, bahkan menyembah pula undang-undang syaitan (666) dan berbangga dengannya. Sehinggakan "raja-raja di bumi pun mengikutnya dan melakukan perbuatan dosa dan percabulan, setelah mereka  mabuk dan dikuasai oleh angur percabulan dan dosa itu."(alkitab, Wahyu: 18/2)

Dari Timur Tengah, kuasa syaitan (666) kini mula dirasai oleh orang-orang di Asia. Tidak lama lagi, kuasa syaitan (666) akan menjadi kuasa mutlak di benua Asia, dan undang-undang Allah akan dihindari dan diganti dengan undang-undang syaitan (666) yang akan mula disembah dan disanjung tinggi.


Wahyu 13: 4-8

Dan mereka memuja naga itu kerana ia memberikan kekuasaan kepada binatang itu. Dan mereka menyembah binatang itu sambil berkata, "Siapakah yang sama seperti binatang ini? Dan siapakah yang dapat berperang melawan dia?"
Dan kepada binatang itu diberikan mulut yang penuh dengan kesombongan dan hujat, kepadanya diberikan juga kuasa untuk memerintah empat puluh dua bulan lamanya.
Lalu ia membuka mulutnya untuk menghujat Allah, menghujat namanNya dan tepat kediamanNya, dan semua yang di syurga dihinanya.
Ia dibolehkan juga melawan umat Allah serta mengalahkan mereka. Dan kekuasaan atas semua suku, negara, bahasa dan bangsa.
Binatang itu akan disembah oleh semua orang yang hidup di atas bumi, kecuali orang-orang yang namanya sudah terdaftar sebelum bumi ini dicipta.


Wahyu 13: 15-18

Semua orang, besar dan kecil, kaya dan miskin, hamba dan orang bebas, dipaksa oleh binatang itu untuk menerima tanda binatang kepada tangan kanan atau dahi mereka.
Tidak seorang pun dapat membeli atau menjual dengan bebas, kalau ia tidak mempunyai tanda binatang itu, yaitu nama binatang itu sendiri, atau angka yang menyatakan nama itu.
Di sini perlu ada hikmat. Orang yang bijaksana dapat menghitung erti dari angka binatang itu, sebab angka itu adalah nama seorang manusia. Angkanya ialah 666.



Kitab al-Mahdi


Dengan tibanya zaman syaitan (666), ertinya masa untuk kemunculan Imam al-Mahdi pun sudah jadi dekat. Sesungguhnya dia adalah orang biasa yang dapat pedoman dari Allah Sendiri. Imam al-Mahdi dapat mengalahkan syaitan (666) dan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman.

Imam al-Mahdi adalah orang yang dapat memberi kesaksamaan dan keadilan kepada semua orang, semua agama , semua bangsa dan semua negara. Ini semua dilakukan mengikut prinsip al-Sunah dan bukan melalui cara penindasan dan pembunuhan.

Sunan Abu-Dawood

Buku 36, Nombor 4266
Riwayat Jabur ibn Samurah:

Nabi (s.a.w.) bersabda, "Agama akan terus dipertahankan sehingga terdapat dua belas khalifah ke atas kamu, dan seluruh masyarakat akan bersetuju dengan setiap orang daripada mereka." Saya kemudian mendengar dari Rasulullah (s.a.w.) beberapa kenyataan yang saya tidak faham. Saya bertanya kepada bapa saya: Apa yang dia berkata: beliau berkata mereka semua adalah daripada Quraisy.


Buku 36, Nombor 4269
Riwayat Abdullah ibn Mas'ud

Nabi (s.a.w.) bersabda, "Jika hanya satu hari di dunia ini kekal, Allah akan memanjangkan hari itu (mengikut versi Zai'dah), sehingga Dia membangkitkan di dalamnya seorang lelaki yang tergolong kepada aku atau keluargaku, yang nama bapanya ada sama seperti nama bapaku, yang akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman (mengikut versi Fitr),
Versi Sufan berkata, "Dunia ini tidak akan binasa sebelum Arab diperintah oleh seorang dari keluargaku yang namanya akan sama seperti aku."


Buku 36, Nombor 4270
Diriwayatkan oleh Ali ibn Abu Talib:

Nabi (s.a.w.) bersabda, "Jika hanya satu hari masa (dunia ini) kekal, Allah akan membangkitkan seorang lelaki dari keluargaku yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan penindasan.


Buku 36, Nombor 4271
Riwayat Umm Salamah, Ummul Mukminin:

Nabi (s.a.w.) bersabda, "Mahdi adalah daripada keluargaku, keturunan Fatimah."


Buku 36, Nombor 4273
Riwayat Umm Salama, Ummul Mukminin

Nabi (s.a.w.) bersabda, "Percanggahan pendapat akan berlaku ketika kematian tentang pengganti dan seorang lelaki Madinah akan bersegera ke Mekah. Sebahagian daripada penduduk Mekah akan mendatanganinya, membawa dia keluar tanpa kerelaannya dan membai'ah kepadanya di antara Rukun dan Maqam. Satu pasukan tentera kemudiannya diutuskan menentangnya dari Shams (Syria), tetapi akan ditelan di padang pasir (baida') di antara Mekah dan Madinah. Apabila manusia melihat peristiwa tersebut, orang-orang (Abdaal) dari Syria dan gerombolan dari Iraq akan datang kepadanya dan membai'ahnya di antara Rukun dan Maqam. Kemudian seorang lelaki Quraisy yang bapa saudaranya dari suku Kalb akan memulai peperangan, lalu dihantar satu pasukan tentera menentang mereka, beroleh kemenangan ke atas meraka, dan itu adalah ekspedisi Kalb. Kekecewaan akan menyelubungi mereka yang tidak menyaksikan harta rampasan Kalb. Maka dia akan membahagikan harta itu dan mentadbir manusia berlandaskan Sunnah Nabi (s.a.w.) mereka dan menyebarkan Islam di seluruh pelusuk bumi. Dia akan tetap kekal selama tujuh tahun, kemudian meninggal dunia, dan umat Islam akan bersembahyang ke atasnya."


Penyelamat Dijanjikan


Imam al-Mahdi adalah daripada keluarga Nabi (s.a.w.) dan keturunan Fatimah. Dia akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan, dan dia akan dibai'ahkan dan diterima oleh semua pendudk. Senapang dan peluru bukan caranya untuk menyebarkan agama Islam. Bom atau peluru berpandu juga bukan caranya untuk melawan syaitan (666).

Mengikut al kitab (Wahyu 13:4), Syaitan (666) adalah binatang yang mahir dalam peperangan, "Dan siapakah yang dapat berperang melawan dia?" Peprangan konvensional hanya membawa pengorbanan kepada umat-umat Allah secara sia-sia sahaja. Imam al-Mahdi adalah orang yang dapat pedoman daripada Allah, dan Mahdi akan berperang dengan syaitan (666) melalui cara yang dibenarkan oleh Allah. 

Sunday, 18 October 2015

Kesempurnaan Islam

Kesempurnaan Islam


Nabi Muhammad (s.a.w.), Rasulullah yang mulakan agama yang dipanggil Islam. Setelah Nabi Muhammad (s.a.w.) berjaya menyempurnakan misi dan tugasnya, Allah berasa cukup "puas hati" dengan pencapaiannya. Lantas, Allah pun memutuskan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) adalah Nabi terakhir yang Allah telah hantar. Agama Islam akan jadi agama yang akan Anak Allah gunakan untuk memberi panduan kepada makhluk Allah bagi bersiap sedia untuk kiamat.

Nabi Muhammad (s.a.w.) telah dapat melaksanakan tugasnya dengan "sempurna". Kesempurnaan Nabi Muhammad (s.a.w.) termasuk pencapaian yang tidak dapat dicapai oleh Nabi yang lain, dan juga perlaksanaan yang tidak dapat dilaksana oleh agama lain.

Pencapaian dan perlaksanaan Nabi Muhammad (s.a.w.) termasuk pengorbanan dirnya sendiri dan juga pengorbanan keluarganya (ahlul bait). Jika dihuraikan secara terperinchi, nescaya pergaduhan di antara Muslimin dan Musliman di dunia ini dapat dikurangkan, atau mungkin dihentikan sama sekali.

Pergaduhan di antara Syiah dan Sunni telah berterusan buat masa yang telah sekian lamanya. Jikalau mereka boleh meneliti kerja-kerja Nabi Muhammad (s.a.w.) yang begitu memuaskan di mata Allah, dan begitu sempurna, harap-harap kemarahan mereka boleh reda dan segalanya boleh dibawa berunding.



Kemangkatan Muhammad (s.a.w.)

(source from Google search)


Nabi Muhammad(s.a.w.) wafat sebelum memilih penggantinya, untuk dijadikan khalifah. Oleh kerana itu, terjadi konflic tentang siapa yang paling sesuai menggantikan beliau sebagai khalifah. Setelah ketegangan dan tarik-ulu selama dua hari sehingga menunda pemakaman jasad Nabi Muhammad (s.a.w.). Akhirnya Abu Bakar as-Shiddiq telah berjaya menjadi pengganti Nabi Muhammad (s.a.w.) dan menjadi khalifah. Pemilihan itu tidak memuaskan bagi setengah puak, dan beberapa puak Islam masa itu membantah tentang pemilihan itu. Puak yang menyokong Ali bin Abi Thalib memisahkan diri meraka dari Abu Bakar dan membentuk puak Syiah (penyokong Ali).

Soalnya; mengapakah Nabi Muhammad (s.a.w.) tidak selesaikan hal penggantinya bila beliau masih hidup dan dapat mengelakan perbantahan yang boleh memecah-belahkan umat-umat Islam. Sebagai seorang Nabi, Muhammad (s.a.w.) sepatutnya dapat meramalkan masa depan agama Islam dan seharusnya bertindak sebelum pergaduhan berlaku.

Dalam Hadist Nombor 4579 dari Sunan Abu Dawud, Nabi (s.a.w.) diriwayatkan bersabda, "Umatku akan berpecah-belah menjadi 73 golongan." Nabi Muhammad (s.a.w.) juga diriwayatkan bersabda bahawa agama lain hanya berpecah-belah menjadi 72 golongan, manakala umat Islam boleh menjadi 73 golongan.

Menurut Hadist Tirmidzi Nombor 171, Nabi (s.a.w.) diriwayatkan telah bersabda, "Umatku akan berpecah menjadi 73 golongan, dan mereka semua akan berada di neraka, kecuali satu golongan." Para sahabatnya bertanya, "Ya, Rasulullah, golongan manakah yang akan selamat tersebut?" Kemudian beliau pun memjawab, "Ia adalah golonganku dan sahabat-sahabatku."

Semua diatas terbukti bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) sudah boleh meramalkan berpecahnya umat Islam, dan juga boleh meramalkan terbentuknya 73 golongan (banyak). Kesemua golongan di atas akan dihukum oleh Allah kerana bertindak mengikut nafsu dan tidak mengikut sunnah Muhammad (s.a.w.), kecuali golongan yang sentiasa taat kepada ajaran sunnah Nabi dan tidak mengikut nafsu atau melakukan kezaliman. 



Wahyu Muhammad (s.a.w.)



Secara kebetulan, dalam sesi meditasi saya, saya selalunya dapat wahyu dari Nabi Muhammad (s.a.w.). Dalam soal Nabi Muhammad (s.a.w.) tidak membuat pilihan khalifahnya sebelum beliau meninggal dunia, saya telah dapat panduan seperti berikut.

Nabi Muhammad (s.a.w.) bukan sahaja dapat meramalkan berpecah-belahnya umat Islam atas soal pilihan khalifah. Malah, beliau dapat juga meramalkan masa depan Islam apabila:
a) Ali bin Abi Thalib dipilih sebagai khalifah, dan
b) Abu Bakar dipilih sebagai khalifah.

Khalifah Ali bin Abi Thalib

-Sepupu dari Muhammad, dan setelah menikah dengan Fatimah az-Zahra, dia menjadi menantu Muhammad.
-Syiah berpendapat bahawa Ali adalah khalifah yang berhak menggantikan Nabi Muhammad (s.a.w.), dan sudah ditunjuk oleh Dia atas perintah Allah di Ghadir Khum.
-Mengikut petunjuk Allah, kecemerlangan agama Islam hanya boleh berterusan untuk jangka masa yang lebih pendek (dari Wahyu Nabi Muhammad).

Khalifah Abu Bakar

-Adalah satu di antara empat khalifah yang diberi Khulafaur Rasyidin, atau khalifah yang diberi petunjuk.
-Ketika Muhammad (s.a.w.) menikah dengan Khadijah binti Khuwalid, ia pindah dan hidup bersama Abu Bakar. Saat itu, Muhammad menjadi tetangga Abu Bakar.
-Mengikut petunjuk Allah, kecemerlangan agama Islam akan berterusan untuk jangka masa yang lebih panjang, tetapi anak cucu dan cicit Muhammad (s.a.w.) akan diseksa dan dibunuh (dari Wahyu Muhammad).
-Sehingga munculnya cicit Muhammad (s.a.w.), yang akan kembalikan kecermelangan Islam dan juga nama baik keluarganya (ahlul bait).




Sejarah Ahlul Bait (Keluarga Muhammad)



Begitulah sejarah Islam setelah wafatnya Nabi Muhammad (s.a.w.). Semua kaum Muslim berusaha untuk mencari penggantinya, dan terjadilah perdebatan tentang calon khalifah. Tanpa ikrar daripada orang seperti Ali, Abbas, Fadl, Zubair dan lain-lain, kaum Quraisy dan Kaum Anshar telah mengangkat Abu Bakar sebagai khalifah.

Senarai berikut adalah nasib keluarga ahlul bait (dari Google search):
1. Ali ibn Abi - dibunuh dengan pedang racun.
2. Hasan ibn Ali - dibunuh dengan racun oleh isterinya.
3. Husayn ibn Ali - dibunuh sebagai syahid di Pertempuran Karbala.
4. Ali ibn Husayn - dipercayai wafat daripada racun.
5. Muhammad Ali al-Baqir - dibunuh oleh racun.
6. Jaafar al-Sadiq - dibunuh oleh racun.
7. Musa al-Kadhim - wafat di penjara Sindi ibn Shahak dengan racun.
8. Ali ar-Ridha - dibunuh dengan racun.
9. Muhammad al-Taqi - diracun oleh isteri.
10. Ali al-Hadi - dibunuh dengan racun.
11. Hasan al-Askari - diseksa sampai mati di penjara.
12. Muhammad al-Hasan - mati ditikam dan dibuangkan ke dalam perigi apabila hanya berumur 10 tahun.



Muhammad dan Keluarganya



Imbas kembali, Nabi Muhammad (s.a.w.) sudah dapat meramalkan pengorbanan yang keluarganya perlu mengharungi demi kepentingan Allah dan nama baik agama Islam. Oleh kerana itu, Nabi Muhammad (s.a.w.) tidak mencalonkan Ali atau Abu Bakar untuk menggantikan tempatnya untuk menjadi khalifah, dan Nabi menyerahkan segalanya ke atas kuasa Allah yang al-Rahman dan al-Raheem.

Dengan ini, Nabi Muhammad (s.a.w.) telah melaksanakan misi dan tugasnya dengan cukup "sempurna", dan Allah cukup "puas hati" dengan Nabi Muhammad dan Agama Islam.

Lebih daripada 5000 tahun dahulu, Abraham telah diberikan peluang yang sama seperti Muhammad, tetapi Abraham tidak sampai hati untuk mengorbankan anak tunggalnya, Ishak. Allah yang al-Rahman dan Al-Raheem tidak memaksanya dan telah izinkan Abraham mengorbankan seekor binatang sabagai gantinya.

Kejadian 22:
1. Beberapa waktu kemudian, Allah menguji kesetiaan Abraham, Allah memanggil, "Abraham!" Lalu Abraham menjawab, "Ya, Tuhan."
2. Kata Allah, "Pergilah ke Tanah Moria dengan Ishak, anakmu yang tunggal, yang sangat kau kasihi. Di situ, di sebuah Gunung yang akan KU tunjukkan kepadamu, persembahkanlah anakmu sebagai korban bakaran kepadaKU."

Semua yang tahu sejarah ini pasti tahu, Abraham tidak sampai hati untuk mengorbankan anak tunggalnya Ishak. Allah telah mengizinkan Abraham mengorbankan seekor binatang sebagai korban bakaran kepada Allah yang al-Rahman dan al-Raheem.



Kecermelangan Islam


Percayalah semua atas Allah, Tuhan yang sentiasa ada bersama kami. Pengorbanan ahlul bait (keluarga Muhammad) bukannya bertujuan untuk mencetuskan pergaduhan antara puak Syiah dan puak Sunni, dan pastinya bukan untuk mendorong Muslimin dan Musliman untuk membunuh sesama kita sendiri.

Pengorbanan ahlul bait adalah untuk Allah menunjukkan kebenaran kepada dunia, bahawa jika Muhammad sendiri sedia mengorbankan keluarganya demi agama Islam dan Allah, umat Islam juga harus mempunyai kepercayaan yang sama. Pada hal Allah sendiri tidak kisah Anaknya (Anak Allah) dibunuh dan dizalimi oleh syaitan, janganlah umat Islam takut dibunuh dan dizalimi. Dengan kepercayaan yang tidak takut mati, dan tidak takut kepada kezaliman, nescaya kecermelangan Agama Islam akan muncul tidak lama lagi, dan ia akan berkekalan sehinga selama-lamanya.

Monday, 21 September 2015

Allah dan Syaitan

Allah dan Syaitan


Allah Pencipta Kesempurnaan


Telah dijelaskan di "Allah dan Islam" bahawa ciptaan Allah adalah baik dan sempurna. Manakala ciptaan syaitan adalah bermasaalah dan tidak boleh dibuat bandingan dengan ciptaan Allah sama sekali. Akan tetapi, Allah terpaksa bersihkan semua ciptaan syaitan di dunia ini agar kita semua boleh hidup dengan aman dan tenteram.

Anak Allah, ciptaan Allah yang akan hapuskan segala kezaliman dan ketidak adilan dunia ini. Anak Allah, manusia yang diasuh dan dididik oleh Allah sendiri boleh faham dan boleh bertindak mengikut kehendak Allah, dan bukan ikut nafsunya sendiri.

Al Quran, Al-Baqarah

2:30
Dan (ingatlah) ketika TuhanMU berfirman kepada Malaikat, "Sesungguhnya AKU hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." Mereka (malaikat) bertanya, "Adakah ENGKAU (Allah) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMU dan mensucikanMU?" Allah berfirman: "Sesungguhnya AKU mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."

2:31
Dan Allah telah mengajarkan Nabi Adam (Anak Allah), akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada Malaikat lalu berfirman, "Terangkanlah kepadaKU nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar."

2:32
Malaikat itu menjawab: "Ya Allah! Kami tidak menpunyai pengetahuan selain dari apa yang ENGKAU ajarkan kepada kami; sesungguhnya ENGKAU lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

2:33
Allah berfirman; "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka." Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah AKU telah katakan kepada kamu, bahawasanya AKU mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan AKU mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?"

2:34
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tnduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam." Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat, melainkan Iblis, ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.



Iblis Pencipta Syaitan


Iblis hanya dapat mencipta makhluk yang tidak baik dan tidak sempurna. Kebanyakan ciptaan Iblis mudah pupus begitu sahaja. Banyak ciptaan Iblis mengancam kehidupan makhluk Allah tetapi Iblis masih teruskan ciptaannya.

Apabila Adam (Anak Allah) telah dicipta, Iblis pandang rendah kepada Adam dan enggan sujud kepadanya.

Surah Al-Raaf
7:12
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika AKU perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, ENGKAU (Allah) jadikan daku dari api sedang dia ENGKAU jadikan dari tanah."

7:13
Allah berfirman :"Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina."

7-14
Iblis berkata :"Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)."

7-15
Allah berfirman, "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)."

7-16
Iblis berkata: "Oleh kerana ENGKAU (Allah) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMU yang lurus."

7-17
Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan ENGKAU tidak akan dapati  kebanyakan mereka bersyukur."

7-18
Allah berfirman, "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah AKU akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya."



Bangkitnya Mahdi


Sebelum tibanya kiamat, akan bangkitnya seorang umat manusia yang akan lawan dengan kuasa jahat. Kuasa syaitan yang penuh dengan kezaliman dan penindasan akan dihapuskan oleh umat manusia tersebut. Kezaliman dan penindasan akan digantikan dengan kesaksamaan dan keadilan. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah di al-Quaran, Surah al-A'raaf 7:14:-

Iblis berkata :"Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)."

Ciptaan Iblis, iaitu syaitan, akan tiba tempohnya pada hari kiamat. Adam dan anak cucunya akan lakukan apa yang telah dijanji oleh Allah di al-Quran dan memerintah dunia ini mengikut kehendak Allah.


Mengikut Hadith Abu-Dawood, (Kitab al-Mahdi).

Buku 36, Nombor 4266

Nabi (s.a.w.) bersabda "Agama akan terus dipertahankan sehingga terdapat dua belas khalifah ke atas kamu, dan seluruh masyarakat akan bersetuju dengan setiap daripada mereka." Saya kemudian mendengar dari Rasulullah (s.a.w.) beberapa knyataan yang saya tidak boleh faham. Saya bertanya kepada bapa saya: Apa yang dia berkata: Beliau berkata: meraka semua adalah daripada Quraisy.

Buku 36, Nombor 4269

Nabi (s.a.w.) bersabda: "Jika hanya satu hari di dunia ini kekal. Allah akan memanjangkan hari itu (mengikut versi Zai'dah), sehingga DIA membangkitkan di dalamnya seorang yang tergolong kepada aku atau keluargaku, yang nama bapanya adalah sama seperti nama bapaku, yang akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana is telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman (mengikut versi Fitr).

Buku 36, Nombor 4270

Nabi (s.a.w.) bersabda: "Jika hanya satu hari masa (dunia) ini kekal, Allah akan membangkitkan seorang lelaki dari keluargaku yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan penindasan."

Buku 36, Nombor 4271

Nabi (s.a.w.) bersabda: "Mahdi adalah daripada keluargaku, keturunan Fatimah."



Pertarungan Kiamat


Lebih dari 18,000 tahun, Anak Allah telah tiba di dunia ini untuk memberi perlindungan kepada dunia ini, daripada dimusnahkan sepenuhnya oleh syaitan yang jahat. Orang Greece memberi nama kepada Anak Allah sebagai Perseus.

Dengan hari Kiamat semakin dekat, Anak Allah akan bangkit sekali lagi, untuk memberi perlindungan kepada duni ini daripada dibinasakan oleh syaitan dan dajjal.

Islam memberi nama kepada Anak Allah yang akan bangkit sebelum tibanya hari Kiamat, sebagai Imam Mahdi.

Wednesday, 9 September 2015

Allah dan Islam

Allah dan Islam


Sejarah Dunia

(Source from Google Search.)


Kejadian 1:1&2,  "Pada mulanya, Allah mencipta langit dan bumi. Bumi belum berbentuk dan kosong; gelap gulita menutupi samudra raya, dan Roh Allah melayang-layang di atas permukaan air."

Dalam tempoh enam hari, Allah telah mencipta dunia kita dengan sempurna, dan Allah sentiasa memastikan segala ciptaannya itu "baik".

Pada hari keenam, Allah telah menciptakan manusia, menurut gambarNya Sendiri. Kejadian 1:31, "Maka Allah melihat segala yang dijadikannya it, sungguh "amat baik".

Al-Israa' 17:99, "Tidakkah mereka mahu memikirkan dan menyakini bahawa Allah yang menciptakan langit dan bumi, berkuasa menciptakan orang-orang seperti mereka,..........".

Itulah sejarah dunia kita yang sebenar, bukannya seperti yang disebut-sebut oleh ahli sains dalam teori evolusi mereka. Sudah menjadi kenyataan bahawa Allah adalah pencipta dunia kita. Langit, bumi and segalanya adalah dicipta oleh Allah Sendiri sahaja. Allah bukan sahaja telah mencipta dunia kita, bahkan Allah telah mencipta Nabi Adam untuk dijadikan khalifah dunia ini, supaya keadilan dapat dikekalkan dan kezaliman di hapuskan.

Allah adalah pencipta yang sempurna, dan Allah akan menghapuskan segala yang tidak sempurna, seperti kekejaman dan kezaliman. Dunia kita ini adalah dunia ciptaan Allah, dan Allah amat sayangkan kita dan dunia kita. Justru, kita harus yakin bahawa kezaliman dan kekejaman adalah untuk sementara masa sahaja.

Malaikat atau syaitan tidak layak mengendalikan dunia kita, kerana meraka tidak mempunyai ilmu atau pengtahuan yang secukupnya seperti Allah, dan mereka tidak dapat menyempurnakan apa yang ada di bumi dan langit kita. Hanya Nabi Adam (berbanding dengan malaikat & syaitan) yang layak dijadikan pemerintah di dunia ini, mengikut hasrat Allah. Ini adalah kerana Nabi Adam telah dibuat, diasuh dan diajar oleh Allah Sendiri.

Al-Baqarah2:30, Allah berfirman, "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."

Al-Baqarah2:33, Allah berfirman, "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu (malaikat & syaitan) bahawanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembuyikan".




Cabaran Syaitan



(Source from Google search.)


Sudah jadi misi syaitan untuk mencabar segala usaha Allah untuk menyempurnakan dunia kita. Pada waktu Anak Allah masih dijaga dan diasuh oleh Allah di taman Eden, syaitan telah dapat memasuki dunia kita (ciptaan Allah) melalui jalan daripada buah pohon pengetahuan. Dengan sikapnya yang tidak bertimbang rasa dan niatnya yang jahat, syaitan telah mencipta banyak jenis makhluk yang berupaya untuk membinasakan ciptaan Allah. Oleh kerana niatnya tidak baik, ciptaan syaitan adalah ciptaan yang tidak sempurna. Makhluk yang dicipta oleh syaitan biasanya penuh dengan kecacatan, mudah mati dan biasanya menjadi pupus dalam jangka masa yang pendek.

Dengan hati yang jahat dan cita-cita yang tamak, syaitan telah teruskan ciptaanya dengan harapan untuk memerintah dunia ciptaan Allah dan menjadi khalifah di dunia ini. Walaupun usaha syaitan menghadapi banyak masaalah dan kegagalan, syaitan masih degil dan meneruskan usahanya untuk mencipta makhluk yang lebih kuat dan lebih dahsyat. Usaha syaitan telah diteruskan tanpa ambil hirau bahawa semua ciptaan jahat itu akan membawa maut dan menbinasakan kepada dunia ini dan juga kepada makhluk ciptaan syaitan sendiri.

Itulah kerja syaitan yang tidak mendatangkan faedah kepada dunia kita, malah menambahkan keseksaan dan kesedihan kepada dunia kita dan juga segala makhluk yang ada di dunia ini. Semua ini adalah cabaran syaitan kepada Allah dan juga Anaknya yang akan mengambil alih pemerintahan dunia ini pada masa yang akan datang.




Anak Allah

(Source from Google search)



Anak Allah adalah istimewa, dan berlainan daripada kanak-kanak lain didunia ini. Sejak kecil lagi, Anak Allah telah menerima ajaran daripada Allah. Sebelum Anak Allah tahu menduduk, dia sudah diberi ajaran tentang kabaikan dan kejahatan. Sebaik sahaja Anak Allah tahu menduduk dan mula belajar bergerak, Allah telah memberi Anaknya segala maklumat tentang aktiviti ciptaan syaitan di bumi.

Sungguhpun sebagai seorang bayi, Anaknya telah faham tentang misinya sendiri dan dia berikhtiar untuk hentikan segala kejahatan syaitan dan ciptaan syaitan yang ada di bumi. Sungguhpun Anak Allah seorang bayi, tetapi hatinya selalu rindukan bumi dan tempat kelahirannya. Anak Allah yang tinggal di kebun Eden adalah seorang bayi yang berat hatinya. Sedih, kerana bumi sedang diseksa oleh syaitan.





Malapetaka di Bumi



Pada suatu hari, Anak Allah dapat tahu bahawa malapetaka akan melanda di bumi, dunia ciptaan Allah. Segala huru-hara yang akan berlaku di bumi berpunca daripda pergaduhan antara makhluk ciptaan syaitan itu sendiri. Dalam hatinya, Anak Allah tahu banyak makhluk ciptaan Allah akan mati dan musnah, jika punca malapetaka itu tidak dihentikan dengan serta-merta.

Dalam keadaan yang begitu cemas, Anak Allah mengambil keputusan untuk pergi ke bumi dengan serta-merta. Anak Allah berharap agar dia dapat hentikan segala pergaduhan di bumi dan selamatkan segala makhluk bumi atas nama Allah. Setelah berfikir panjang lebar, Anak Allah telah memutuskan untuk pergi ke bumi melalui jalan pohon pengetahuan.

Dengan hati yang tegas dan misi yang jelas, Anak Allah terus menghala ke arah pohon pengetahuan untuk mulakan perjalanannya ke bumi, dunia ciptaan Allah. Semua ini berlaku apabila Anak Allah berusia kurang dari empat tahun, dan anggaran yang paling dekat adalah tiga setengah tahun. Dengan umur kurang dari empat tahun, Anak Allah lari ke arah Pohon Pengetahuan dalam keadaan yang kurang stabil, seperti seorang dewasa yang setengah mabuk, tetapi dengan hati yang tabah dan berani.

Selepas lebih kurang setengah jam berlari, tibalah Anak Allah ke kawasan pohon pengetahuan. Apabila tiba di sana, Anak Allah ternampak syaitan sedang mengunakan pohon pengetahuan untuk mencipta raksasa yang akan menyebabkan berlakunya malapetaka di bumi.

Anak Allah sembunyi di belakang sebatang pohon yang telah runtuh, untuk meneliti segala perbuatan jahat yang telah syaitan lakukan. Perbuatan Anak Allah itu dilakukan tanpa pengetahuan syaitan yang sibuk dengan perbuatan jahatnya itu. Perbuatan jahat syaitan itu diteruskan buat beberapa jam lamanya, dan ini telah buat Anak Allah tergantuk dan tidur untuk sebentar.





Kemusnahan Bumi



Sebaik sahaja Anak Allah terjaga dari tidurnya, syaitan sudah selesai dengan segala perbuatan jahatnya dan sedang meninggalkan taman Eden. Dengan cepatnya Anak Allah lari ke arah pohon pengetahuan itu dan bersedia untuk bertolak ke bumi, dunia kita. Dalam hati Anak Allah, dia sudah pasti bahawa bumi telah mengalami malapetaka yang dahsyat dan banyak ciptaan Allah telah terkorban dengan cara yang paling terseksa.

Apabila Anak Allah tiba di bumi, keadaan dunia kita sudah tidak sama lagi seperti sejuta tahun dahulu. Pohon tidaklah sebanyak dahulu. Tiada nampak sebarang kesan burung di langit dan tiada nampak sebarang kesan ikan di sungai. Di atas tanah bumi yang besar lebar pun, tiada nampak sebarang kesan binatang liar ataupun manusia sekali pun. Dunia kita, bumi nampak sunyi sahaja, tanpa sebarang kesan kehidupan ataupun bunyi  suara.

Anak Allah pun melihat ke arah tubuh badannya sendiri. Dia ternampak diri sendir sudah manjadi seorang orang muda yang berumur lebih kurang enambelas tahun. Pemandangan yang paling mengembirakan hatinya ialah wajah seorang gadis jelita yang berada di sisinya. Orang Yahudi memberi name Adam kepada Anak Allah, dan nama Eve kepada gadis yang manjadi teman Adam.

Bumi kita menjadi sunyi senyap setelah dimusnahkan oleh malapetaka yang dahsyat, telah mula menjadi hidup kembali dengan adanya Adam dan Eve. Kedua-duanya telah memberi bumi kita, suara yang gembira dan harapan yang menyakinkan. Tubuh badan Adam dibentuk oleh Allah dari debu tanah dan tidak boleh tahan lama. Setelah jadi tua, badan Adam dan Eve akan jadi rosak dan mereka terpaksa mati. Akan tetapi, roh mereka akan terus hidup dan berada di atas bumi, bersama kita semua sehingga hari kiamat.

Kejadian 2:7, "ketika itulah Tuhan Allah membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dala hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi makhluk yang hidup."




Pertarungan Kiamat


(Source from Google Search.)


Anak Allah mempunyai nama yang banyak. Orang Yahudi beri nama Adam kepadanya, manakala orang Greece memberi nama Perseus kepadanya. Tidak kira apa nama dia dipanggil, Anak Allah tetap akan bersama kami sampai ke hari kiamat. Satu pertarungan yang hebat sekali akan berlaku sebelum tibanya hari kiamat, dan kita semua boleh jadi saksinya; bahawa Allah ada bersame kami, dan anaknya yang telah terima arahan dari Allah untuk mempertahankan keadilan untuk kita semua juga akan bersama kami.

Sebelum tibanya hari kiamat, Allah telah hantar nabi-nabinya untuk memberi peringatan kepada kita semua. Peringatan itu penting untuk semua makhluk Allah dan terutamanya Adam. Misi untuk menghapuskan kezaliman dan ketidak adilan tetap jadi tugas utama untuk kita semua, dan kita semua akan jadi saksi kepada apa yang telah dijanjikan oleh Allah.

Dari Nabi Musa ke Nabi Muhammad, Allah telah banyak memberi peringatan dan nasihat kepada kita semua. Dari agama Yahudi ke agama Islam, banyak pengetahuan dan ilmu yang telah Allah berikan kepada kita semua. Jadi, jangan kita beri alasan untuk berzalim dan berganas. Ini adalah kerana hari kiamat sudah dekat, Allah dan anaknya akan melaksanakan segala yang telah dijanjikan.

Dari zaman Nabi Musa ke zaman Nabi Muhammad, hari kiamat dan datangnya seorang ketua agama telah banyak kali disebut-sebutkan. Sesiapa yang ikut perintah Allah akan sedia mematuhinya, manakala sesiapa yang jahat akan selalu mencari jalan untuk lawan dan hapuskan ketua agama yang dihantar oleh Allah.




Islam 


(Source from Google search.)



Islam, diakui oleh semua sebagai agama terakhir sebelum hari kiamat, dan Nabi Muhammad(s.a.w.) sebagai Nabi terakhir yang telah di hantar Allah. Sesiapa yang menjadi ketua agama sebelum tibanya hari kiamat, haruslah mentadbir dunia ini mengikut cara yang diakui sebagai al-Sunah. Segala kezaliman dan keseksaan harus dibanteras dan dihapuskan. 

Segala kezaliman, keganasan dan segala perbuatan jahat yang ada kaitan dengan syaitan akan menjadi isu pertarungan untuk Adam dan semua makhluk ciptaan Allah, seperti mana yang telah dijanjikan.

Amen!