Zaman Syaitan (666)
Zaman syaitan (666) adalah zaman dimana penindasan dan kezaliman menjadi sebahagian daripada kehidupan semua. Zaman ini adalah juga zaman di mana perjuangan dalam perkara keadilan dan kesaksamaan di hindari dan di takuti. Undang-undang syaitan (666) yang berat sebelah menjadi undang-undang yang mutlak dan disembah tinggi dan diterima oleh semua.
Kalau ini semuanya betul, bumi yang kita hidup sekarang sudah mula dikuasai syaitan (666), dan "semua orang yang tinggal di dunia ini akan menyembahnya" (alkitab, Wahyu: 13/8). Ini adalah masa dimana undang-undang syaitan (666) telah mengganti undang-undang Allah. Orang ramai bukan sahaja tidak melawannya, bahkan menyembah pula undang-undang syaitan (666) dan berbangga dengannya. Sehinggakan "raja-raja di bumi pun mengikutnya dan melakukan perbuatan dosa dan percabulan, setelah mereka mabuk dan dikuasai oleh angur percabulan dan dosa itu."(alkitab, Wahyu: 18/2)
Dari Timur Tengah, kuasa syaitan (666) kini mula dirasai oleh orang-orang di Asia. Tidak lama lagi, kuasa syaitan (666) akan menjadi kuasa mutlak di benua Asia, dan undang-undang Allah akan dihindari dan diganti dengan undang-undang syaitan (666) yang akan mula disembah dan disanjung tinggi.
Wahyu 13: 4-8
Dan mereka memuja naga itu kerana ia memberikan kekuasaan kepada binatang itu. Dan mereka menyembah binatang itu sambil berkata, "Siapakah yang sama seperti binatang ini? Dan siapakah yang dapat berperang melawan dia?"
Dan kepada binatang itu diberikan mulut yang penuh dengan kesombongan dan hujat, kepadanya diberikan juga kuasa untuk memerintah empat puluh dua bulan lamanya.
Lalu ia membuka mulutnya untuk menghujat Allah, menghujat namanNya dan tepat kediamanNya, dan semua yang di syurga dihinanya.
Ia dibolehkan juga melawan umat Allah serta mengalahkan mereka. Dan kekuasaan atas semua suku, negara, bahasa dan bangsa.
Binatang itu akan disembah oleh semua orang yang hidup di atas bumi, kecuali orang-orang yang namanya sudah terdaftar sebelum bumi ini dicipta.
Wahyu 13: 15-18
Semua orang, besar dan kecil, kaya dan miskin, hamba dan orang bebas, dipaksa oleh binatang itu untuk menerima tanda binatang kepada tangan kanan atau dahi mereka.
Tidak seorang pun dapat membeli atau menjual dengan bebas, kalau ia tidak mempunyai tanda binatang itu, yaitu nama binatang itu sendiri, atau angka yang menyatakan nama itu.
Di sini perlu ada hikmat. Orang yang bijaksana dapat menghitung erti dari angka binatang itu, sebab angka itu adalah nama seorang manusia. Angkanya ialah 666.
Kitab al-Mahdi
Dengan tibanya zaman syaitan (666), ertinya masa untuk kemunculan Imam al-Mahdi pun sudah jadi dekat. Sesungguhnya dia adalah orang biasa yang dapat pedoman dari Allah Sendiri. Imam al-Mahdi dapat mengalahkan syaitan (666) dan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman.
Imam al-Mahdi adalah orang yang dapat memberi kesaksamaan dan keadilan kepada semua orang, semua agama , semua bangsa dan semua negara. Ini semua dilakukan mengikut prinsip al-Sunah dan bukan melalui cara penindasan dan pembunuhan.

Sunan Abu-Dawood
Buku 36, Nombor 4266
Riwayat Jabur ibn Samurah:
Nabi (s.a.w.) bersabda, "Agama akan terus dipertahankan sehingga terdapat dua belas khalifah ke atas kamu, dan seluruh masyarakat akan bersetuju dengan setiap orang daripada mereka." Saya kemudian mendengar dari Rasulullah (s.a.w.) beberapa kenyataan yang saya tidak faham. Saya bertanya kepada bapa saya: Apa yang dia berkata: beliau berkata mereka semua adalah daripada Quraisy.
Buku 36, Nombor 4269
Riwayat Abdullah ibn Mas'ud
Nabi (s.a.w.) bersabda, "Jika hanya satu hari di dunia ini kekal, Allah akan memanjangkan hari itu (mengikut versi Zai'dah), sehingga Dia membangkitkan di dalamnya seorang lelaki yang tergolong kepada aku atau keluargaku, yang nama bapanya ada sama seperti nama bapaku, yang akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman (mengikut versi Fitr),
Versi Sufan berkata, "Dunia ini tidak akan binasa sebelum Arab diperintah oleh seorang dari keluargaku yang namanya akan sama seperti aku."
Buku 36, Nombor 4270
Diriwayatkan oleh Ali ibn Abu Talib:
Nabi (s.a.w.) bersabda, "Jika hanya satu hari masa (dunia ini) kekal, Allah akan membangkitkan seorang lelaki dari keluargaku yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan penindasan.
Buku 36, Nombor 4271
Riwayat Umm Salamah, Ummul Mukminin:
Nabi (s.a.w.) bersabda, "Mahdi adalah daripada keluargaku, keturunan Fatimah."
Buku 36, Nombor 4273
Riwayat Umm Salama, Ummul Mukminin
Nabi (s.a.w.) bersabda, "Percanggahan pendapat akan berlaku ketika kematian tentang pengganti dan seorang lelaki Madinah akan bersegera ke Mekah. Sebahagian daripada penduduk Mekah akan mendatanganinya, membawa dia keluar tanpa kerelaannya dan membai'ah kepadanya di antara Rukun dan Maqam. Satu pasukan tentera kemudiannya diutuskan menentangnya dari Shams (Syria), tetapi akan ditelan di padang pasir (baida') di antara Mekah dan Madinah. Apabila manusia melihat peristiwa tersebut, orang-orang (Abdaal) dari Syria dan gerombolan dari Iraq akan datang kepadanya dan membai'ahnya di antara Rukun dan Maqam. Kemudian seorang lelaki Quraisy yang bapa saudaranya dari suku Kalb akan memulai peperangan, lalu dihantar satu pasukan tentera menentang mereka, beroleh kemenangan ke atas meraka, dan itu adalah ekspedisi Kalb. Kekecewaan akan menyelubungi mereka yang tidak menyaksikan harta rampasan Kalb. Maka dia akan membahagikan harta itu dan mentadbir manusia berlandaskan Sunnah Nabi (s.a.w.) mereka dan menyebarkan Islam di seluruh pelusuk bumi. Dia akan tetap kekal selama tujuh tahun, kemudian meninggal dunia, dan umat Islam akan bersembahyang ke atasnya."

Penyelamat Dijanjikan
Imam al-Mahdi adalah daripada keluarga Nabi (s.a.w.) dan keturunan Fatimah. Dia akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan, dan dia akan dibai'ahkan dan diterima oleh semua pendudk. Senapang dan peluru bukan caranya untuk menyebarkan agama Islam. Bom atau peluru berpandu juga bukan caranya untuk melawan syaitan (666).
Mengikut al kitab (Wahyu 13:4), Syaitan (666) adalah binatang yang mahir dalam peperangan, "Dan siapakah yang dapat berperang melawan dia?" Peprangan konvensional hanya membawa pengorbanan kepada umat-umat Allah secara sia-sia sahaja. Imam al-Mahdi adalah orang yang dapat pedoman daripada Allah, dan Mahdi akan berperang dengan syaitan (666) melalui cara yang dibenarkan oleh Allah.