Siapakah Dajjal
(Sumber dari Google)
Dajjal disifatkan sebagai seorang anak Adam, dan bukan dari golongan jin, dan dajjal bukannya syaitan (666). Menurut hadits, dajjal nampaknya seperti seorang orang muda. Dajjal mempunyai ciri-ciri tubuh badan seperti cacat pada mata kirinya, memiliki rambut kerinting dan lebat, dan buta pada sebelah matanya. Sebagai seorang muda, dia berbadan besar, agak kemerah-merahan, dan matanya itu seperti buah anggur yang masak.
Pada masa itu pula, di antara Nabi Muhammad (s.a.w.) dan para sahabatnya, ada seorang yang bernama Ibnu Shayyad, ia memiliki semua ciri khas dajjal. Umar bin Khattab pun bersumpah di samping Muhammad (s.a.w.) bahawa Ibnu Shayyad adalah dajjal, tetapi Nabi Muhammad tidak menjawab apapun.
Dosa Dajjal
(sumber dari Google)
"Allah tidak menurunkan ke muka bumi - sejak penciptaan Adam as hingga ke hari Kiamat - fitnah yang lebih besar dari fitnah dajjal"
(H.R. Thabrani 1672)
"Sungguh fitnah yang terjadi di antara kalian lebih aku takuti dari fitnah dajjal, dan tiada seseorang yang dapat selamat dari rangkaian fitnah sebelum fitnah dajjal, melainkan akan selamat pula dirinya (dajjal), dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini - baik kecil ataupun besar - kecuali untuk fitnah dajjal"
(H.R. Ahmad 22215)
"Dajjal tidak akan muncul sehingga sekalian manusia telah lupa untuk mengingatkan dan sehingga para imam tidak lagi menyebut-nyebutnya di atas mimbir-mimbir"
(H.R. Ahmad 16073)

Filem Harry Potter
Sudah bertahun-tahun lamanya filem Harry Potter bertapak di dalam pemikiran pemuda dan pemudi mahupun kanak-kanak. Mereka menjadikan watak-watak Harry Potter idola mereka.
Ramalan Nabi Muhammad (s.a.w.) sudah makin hari makin menjadi kenyataan kepada kita semua, dan filem Harry Potter telah memjadikan ramalan Nabi (s.a.w.) kepada kenyataan. Pemuda yang disebut-sebut sebagai dajjal dalam ramalan Nabi telah muncul dalam filem Harry Potter. Ini bermaksud, dajjal telah dapat menyerang kita dengan fitnah yang begitu besarnya tanpa pengetahuan dan kesedaran kita. Ini adalah kerana dajjal telah bersembunyi dalam watak media masa dan telah meracuni kita tanpa pengertahuan kita.
Fitnah dajjal adalah fitnah yang paling besar dan begitu sempurna. Dajjal dapat menyakinkan kita bahawa fitnah adalah kebenaran, dan watak-watak dalam filem telah dijadikan idola dan idaman mereka, dan kita semua telah terima segala fitnah-fitnah itu. Pemuda-pemudi mahupun kanak-kanak telah menerima firnah-fitnah dajjal sebagai kebenaran, sehingga ulama-ulama pun tidak sedar bahawa mereka telah tertipu dan diperdaya oleh dajjal.
Filem Harry Potter adalah filem dimana kita bertemu dengan pemuda yang disebut-sebut oleh Nabi Muhammad (s.a.w.). Dalam filem ini, kita boleh nampak seorang professor, di mana:
a) Professor nampak muda dan berambut kerinting.
b) Professor nampak berambut tebal.
c) Professor mempunyai mata kiri yang buta.
d) Professor mempunyai mata seperti anggur yang masak.
e) Professor mempunyai badan yang besar.
d) Professor nampaknya kemerah-merahan.
Kesimpulannya, media barat merupakan dajjal yang disebut-sebutkan oleh Nabi Muhammad (s.a.w.).
Media Barat (termasuk Hollywood) == Dajjal
Filem Harry Potter dan filem-filem barat yang lain, berunsur perkauman dan menyokong segala perbuatan orang barat, termasuk membunuh, merampas, menghina, menculik dan lain-lain perbuatan yang jahat dan keji. Selagi perbuatan-perbutan itu dilakukan oleh orang yang baik (orang barat), semua perbuatan yang jahat dan keji, yang dikecam oleh Allah, tiba-tiba menjadi perbuatan yang suci, menjadi perbuatan yang harus diberi kepujian dan disanjung tinggi oleh pemuda-pemudi kita.
Dajjal digunakan untuk menyamar syaitan (666) menjadi orang yang baik dan orang yang suci. Perbuatan syaitan (666) merampas tanah orang Palestine adalah untuk tujuan yang baik. Perbuatan syaitan (666) membunuh Muslimin dan Musliman adalah untuk mempertahankan keselamatan orang dunia. Perbuatan syaitan (666) menyerang Iran dan menangkap Sadam Hussein adalah untuk keamanan dunia. Kalau orang Arab, Muslim atau Kristian, dibunuh, dirogol, dirompak atau dibakar, itu bukan salah syaitan (666), itu adalah salah takdir. Kalau semua ini benar, Allah sudah jadi kuasa jahat, dan kuasa syaitan sedang cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan dunia kita!
Kalau kita terima semua yang diatas, maka kita sudah kehilangan kesetiaan kita kepada Allah, dan kita telah menjadi askar-askar dajjal yang sedia memberi segala sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh syaitan (666).
Kekuatan Media Barat dan Hollywood
Kekuatan media barat kini telah mencapai tahap yang cukup membimbangkan. Segala berita yang berat sebelah yang disiarkan oleh media barat, tiada media lain yang dapat membetulkan keadaan itu. Kekuatan media barat sudah mencapai tahap dimana, jika sesuatu serangan atau pertarungan yang berlaku, media barat boleh serta-merta boleh tahu siapa yang salah dan boleh membuat tuduhan ke atas pihak-pihak yang tertentu, dan menyokong pihak yang media sedia sokong. Tak payahlah mana-mana pihak untuk memeriksa bukti-bukti atau mendapat sebarang jawapan. Hanya menuduh dan terus menuduh sahaja, dan terus berikan sokongan demi sokongan ke atas syaitan (666).
Ulama-ulama sudah tidak tahu bagaimana untuk mempertahankan unsur-unsur Islam yang benar lagi. Setelah diserang dengan berbagai-bagai fitnah dajjal, ulama-ulama yang kita hormati telah makin hari menjadi makin lemah dan tidak tentu arah lagi. Sekarang, dajjal dengan bangganya boleh menyatakan bahawa undang-undang Allah adalah kejam, zalim dan tidak berperikemanusian. Undang-undang syaitan (666) adalah terbaik untuk menjaga masa depan dunia ini dan semua manusia. Segala masalah yang dunia hadapi sekarang adalah disebabkan oleh takdir Allah dan pengganas-pengganas yang anti-barat.
Wahyu 17: 1-3
"Setelah itu, salah seorang dari ketujuh malaikat yang memegang tujuh wadah itu datang kepada saya dan berkata. Mari, aku akan menunjukkan kepadamu bagaimana pelacur hebat akan dihukum, (merujuk kepada) kota besar yang dibangun di dekat sungai-sungai. Raja-raja dunia berbuat cabul dengan dia, dan semua orang akan menjadi mabuk kerana minum anggur percabulannya."
Apa yang ditulis di wahyu 17: 1-3, adalah untuk memperingatkan kita semua tentang kekuatan dajjal dan tahap pengaruhnya. "Semua orang akan terpengaruh", bermaksud ulama-ulam dan juga khalifah akan terpengaruh dengan fitnah-fitnah dajjal. Pemuda-pemudi dan kanak-kanak tidak dikecualikan daripada fitnah-fitnah dajjal.
Jihad
Sudah tiba masanya umat-umat Allah melawan segala fitnah-fitnah dajjal. Ulama-ulama terutamanya, harus menjadi benteng utama dalam serangan untuk melawan segala fitnah yang boleh mengancam undang-undang Allah. Segala fitnah yang boleh membawa kezaliman dan kesedihan harus dilawan dan ditegur.
Mengikut hadits, Muslims yang sanggup mematuhi Sunnah Nabi walaupun di waktu dunia ini telah dipenuhi dengan kezaliman, fitnah dan ketidakadilan, akan menerima Rahmat daripada Allah.
Biarlah kita berjihad, mengikut Sunnah, sebagaimana yang telah Nabi Muhammad (s.a.w.) berikan di dalam hadits. Bersunnahlah kita mengikut ajaran Rasul Allah, dan jangan biar sesiapa yang tukarkan ajaran sunnah mengikut kehendak sesiapa, dan janganlah ulama-ulama mengajar sunnah Nabi (s.a.w.) kepada muslimin dan musliman mengikut kehendak khalifah atau kehendak raja-raja.
Jangan kita risau akan kekuatan dajjal, kerana Allah telah beri janjian kepada kita, bahawa usaha-usaha kita dalam melawan dajjal akan dibantu oleh Nabi Isa. Nabi Muhammad (s.a.w.) telah beritahu kita dalam hadits, bahawa (Nabi Isa) Anak Mary akan turun suatu hari, dan akan membantu kita semua dalam pertarungan melawan dajjal.
Jadi, bertabah hati dan kuatkan semangat jiwa. Tegurlah barang siapa yang kuat berfitnah, yang kuat berzalim dan tidak adil. Janganlah kita risau tentang hukuman akibat kita berjihad menentang dajjal. Pada hal Allah telah berjanji dan hadits telah mencatatkan, bahawa dajjal dan segala kezaliman dan fitnahnya akan dihapuskan atas nama Allah.
Percayalah!

No comments:
Post a Comment