Monday, 21 September 2015

Allah dan Syaitan

Allah dan Syaitan


Allah Pencipta Kesempurnaan


Telah dijelaskan di "Allah dan Islam" bahawa ciptaan Allah adalah baik dan sempurna. Manakala ciptaan syaitan adalah bermasaalah dan tidak boleh dibuat bandingan dengan ciptaan Allah sama sekali. Akan tetapi, Allah terpaksa bersihkan semua ciptaan syaitan di dunia ini agar kita semua boleh hidup dengan aman dan tenteram.

Anak Allah, ciptaan Allah yang akan hapuskan segala kezaliman dan ketidak adilan dunia ini. Anak Allah, manusia yang diasuh dan dididik oleh Allah sendiri boleh faham dan boleh bertindak mengikut kehendak Allah, dan bukan ikut nafsunya sendiri.

Al Quran, Al-Baqarah

2:30
Dan (ingatlah) ketika TuhanMU berfirman kepada Malaikat, "Sesungguhnya AKU hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." Mereka (malaikat) bertanya, "Adakah ENGKAU (Allah) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMU dan mensucikanMU?" Allah berfirman: "Sesungguhnya AKU mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."

2:31
Dan Allah telah mengajarkan Nabi Adam (Anak Allah), akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada Malaikat lalu berfirman, "Terangkanlah kepadaKU nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar."

2:32
Malaikat itu menjawab: "Ya Allah! Kami tidak menpunyai pengetahuan selain dari apa yang ENGKAU ajarkan kepada kami; sesungguhnya ENGKAU lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

2:33
Allah berfirman; "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka." Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah AKU telah katakan kepada kamu, bahawasanya AKU mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan AKU mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?"

2:34
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tnduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam." Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat, melainkan Iblis, ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.



Iblis Pencipta Syaitan


Iblis hanya dapat mencipta makhluk yang tidak baik dan tidak sempurna. Kebanyakan ciptaan Iblis mudah pupus begitu sahaja. Banyak ciptaan Iblis mengancam kehidupan makhluk Allah tetapi Iblis masih teruskan ciptaannya.

Apabila Adam (Anak Allah) telah dicipta, Iblis pandang rendah kepada Adam dan enggan sujud kepadanya.

Surah Al-Raaf
7:12
Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika AKU perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, ENGKAU (Allah) jadikan daku dari api sedang dia ENGKAU jadikan dari tanah."

7:13
Allah berfirman :"Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina."

7-14
Iblis berkata :"Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)."

7-15
Allah berfirman, "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)."

7-16
Iblis berkata: "Oleh kerana ENGKAU (Allah) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMU yang lurus."

7-17
Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan ENGKAU tidak akan dapati  kebanyakan mereka bersyukur."

7-18
Allah berfirman, "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah AKU akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya."



Bangkitnya Mahdi


Sebelum tibanya kiamat, akan bangkitnya seorang umat manusia yang akan lawan dengan kuasa jahat. Kuasa syaitan yang penuh dengan kezaliman dan penindasan akan dihapuskan oleh umat manusia tersebut. Kezaliman dan penindasan akan digantikan dengan kesaksamaan dan keadilan. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah di al-Quaran, Surah al-A'raaf 7:14:-

Iblis berkata :"Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)."

Ciptaan Iblis, iaitu syaitan, akan tiba tempohnya pada hari kiamat. Adam dan anak cucunya akan lakukan apa yang telah dijanji oleh Allah di al-Quran dan memerintah dunia ini mengikut kehendak Allah.


Mengikut Hadith Abu-Dawood, (Kitab al-Mahdi).

Buku 36, Nombor 4266

Nabi (s.a.w.) bersabda "Agama akan terus dipertahankan sehingga terdapat dua belas khalifah ke atas kamu, dan seluruh masyarakat akan bersetuju dengan setiap daripada mereka." Saya kemudian mendengar dari Rasulullah (s.a.w.) beberapa knyataan yang saya tidak boleh faham. Saya bertanya kepada bapa saya: Apa yang dia berkata: Beliau berkata: meraka semua adalah daripada Quraisy.

Buku 36, Nombor 4269

Nabi (s.a.w.) bersabda: "Jika hanya satu hari di dunia ini kekal. Allah akan memanjangkan hari itu (mengikut versi Zai'dah), sehingga DIA membangkitkan di dalamnya seorang yang tergolong kepada aku atau keluargaku, yang nama bapanya adalah sama seperti nama bapaku, yang akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana is telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman (mengikut versi Fitr).

Buku 36, Nombor 4270

Nabi (s.a.w.) bersabda: "Jika hanya satu hari masa (dunia) ini kekal, Allah akan membangkitkan seorang lelaki dari keluargaku yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan penindasan."

Buku 36, Nombor 4271

Nabi (s.a.w.) bersabda: "Mahdi adalah daripada keluargaku, keturunan Fatimah."



Pertarungan Kiamat


Lebih dari 18,000 tahun, Anak Allah telah tiba di dunia ini untuk memberi perlindungan kepada dunia ini, daripada dimusnahkan sepenuhnya oleh syaitan yang jahat. Orang Greece memberi nama kepada Anak Allah sebagai Perseus.

Dengan hari Kiamat semakin dekat, Anak Allah akan bangkit sekali lagi, untuk memberi perlindungan kepada duni ini daripada dibinasakan oleh syaitan dan dajjal.

Islam memberi nama kepada Anak Allah yang akan bangkit sebelum tibanya hari Kiamat, sebagai Imam Mahdi.

No comments:

Post a Comment